Saturday, 6 April 2013

Bengkel Pengurusan Pusat Sumber Kali Pertama 2013


Alhamdulillah, semalam 5 April 2013 (Jumaat), saya selaku GPM Pusat Sumber SMK Tekek telah selamat mengadakan bengkel pengurusan pusat sumber kepada pengawas pusat sumber seramai 27 orang bertempat di Pusat Sumber sekolah. 

Bengkel diadakan pada pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Alhamdulillah kesemua pengawas menghadirkan diri untuk bengkel berkenaan walaupun paginya ada yang tidak hadir ke sekolah. Slot dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil pengawas. 

Terdapat 2 slot utama bagi bengkel hari berkenaan. Yang pertama adalah slot proses teknik dan yang kedua adalah slot penyusunan buku di rak. 

Sentuhan akhir sebelum bengkel bermula


Saya telah memohon pertolangan dari kelas 2 Pendeta semasa waktu relief untuk menyusun bahan di atas meja untuk setiap pengawas. Terdapat 7 bahan yang saya letakkan di atas meja mereka. 

1.     Handouts nota
2.     Slip tarikh pulang
3.     Kad buku (kad tarikh pulang)
4.     Poket kad buku (kocek)
5.     Stickel label buku
6.     Buku jenis fiksyen
7.     Buku jenis bukan fiksyen

Slaid power point

Pengawas pusat sumber
Proses mengecop cop perolehan

Semua pengawas diberi peluang sama rata untuk sama-sama membuat proses teknik dari langkah pertama hingga yang terakhir menggunakan bahan yang telah saya sediakan di atas meja mereka. Alhamdulillah, mereka mudah faham setelah melalui latihan praktikal walaupun mengambil masa yang agak lama kerana faktor kekurangan bilangan cop, dan stamp pad. 

Slot kedua merupakan proses penyusunan buku di rak mengikut kelas. Setelah menerangkan tentang kelas buku berdasarkan kod Dewey, mereka memulakan proses penyusunan. Saya terhibur mendengar suasana perpustakaan yang tak ubah seperti pasar malam ataupun dewan lelongan barang antik. 

"800!"

"900!"

"700!"

"200!"

Bingit! Tapi saya suka. Saya suka melihat mereka melakukan proses tukar buku antara rak. Kedengaran seperti proses jual beli orang kaya-kaya. Kerana itu menandakan mereka tahu rak mana sepatutnya buku itu berada. 

                               Proses susun buku di rak
 
Papan carta
 Papan utama perpustakaan berhadapan dengan pintu utama memuatkan 
carta organisasi AJK induk, carta organisasi AJK kerja, carta organisasi AJK NILAM dan 
yang belum siap, carta organisasi badan pengawas pusat sumber.

Percubaan pertama menggubah bunga


Jamuan ringan

Bengkel berakhir pada pukul 4.30 dan ditamatkan dengan sedikit jamuan ringan berupa mihun goreng hasil masakan GPM bertujuan untuk menjimatkan kos. Hehe.. Walaupun ringkas, tapi habis seperiuk. Kira ok la kan.. Hehe...



No comments:

Post a Comment