Alhamdulillah, semalam 5 April 2013 (Jumaat), saya selaku GPM Pusat Sumber SMK Tekek telah selamat mengadakan bengkel pengurusan pusat sumber kepada pengawas pusat sumber seramai 27 orang bertempat di Pusat Sumber sekolah.
Bengkel
diadakan pada pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Alhamdulillah kesemua
pengawas menghadirkan diri untuk bengkel berkenaan walaupun paginya ada yang
tidak hadir ke sekolah. Slot dimulakan dengan bacaan doa oleh wakil
pengawas.
Terdapat
2 slot utama bagi bengkel hari berkenaan. Yang pertama adalah slot proses
teknik dan yang kedua adalah slot penyusunan buku di rak.
![]() |
| Sentuhan akhir sebelum bengkel bermula |
| Saya telah memohon pertolangan dari kelas 2 Pendeta semasa waktu relief untuk menyusun bahan di atas meja untuk setiap pengawas. Terdapat 7 bahan yang saya letakkan di atas meja mereka. |
1.
Handouts nota
2.
Slip tarikh pulang
3.
Kad buku (kad tarikh
pulang)
4.
Poket kad buku (kocek)
5.
Stickel label buku
6.
Buku jenis fiksyen
7.
Buku jenis bukan fiksyen
![]() |
| Pengawas pusat sumber |
![]() |
| Proses mengecop cop perolehan |
Semua
pengawas diberi peluang sama rata untuk sama-sama membuat proses teknik dari
langkah pertama hingga yang terakhir menggunakan bahan yang telah saya sediakan
di atas meja mereka. Alhamdulillah, mereka mudah faham setelah melalui latihan
praktikal walaupun mengambil masa yang agak lama kerana faktor kekurangan
bilangan cop, dan stamp pad.
Slot
kedua merupakan proses penyusunan buku di rak mengikut kelas. Setelah
menerangkan tentang kelas buku berdasarkan kod Dewey, mereka memulakan proses
penyusunan. Saya terhibur mendengar suasana perpustakaan yang tak ubah seperti
pasar malam ataupun dewan lelongan barang antik.
"800!"
"900!"
"700!"
"200!"
Bingit!
Tapi saya suka. Saya suka melihat mereka melakukan proses tukar buku antara
rak. Kedengaran seperti proses jual beli orang kaya-kaya. Kerana itu menandakan
mereka tahu rak mana sepatutnya buku itu berada.
Proses susun buku di rak
|
Papan
carta
|
Papan
utama perpustakaan berhadapan dengan pintu utama memuatkan
carta
organisasi AJK induk, carta organisasi AJK kerja, carta organisasi AJK NILAM
dan
yang
belum siap, carta organisasi badan pengawas pusat sumber.
![]() |
| Percubaan pertama menggubah bunga |
![]() |
| Jamuan ringan |
Bengkel
berakhir pada pukul 4.30 dan ditamatkan dengan sedikit jamuan ringan berupa
mihun goreng hasil masakan GPM bertujuan untuk menjimatkan kos. Hehe.. Walaupun
ringkas, tapi habis seperiuk. Kira ok la kan.. Hehe...







